Tuesday, March 6, 2012

Di rogol dalam tandas

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan yang kemaruk seks hilang pertimbangan apabila sanggup mencekik, memukul sebelum merogol seorang penuntut kolej dalam tandas sebuah pangsapuri di Batu 6 1/2, Jalan Puchong, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun bersama keluarganya ke pangsapuri berkenaan selepas abangnya berhasrat membelinya.

Menurut sumber, beberapa minit kemudian, mangsa memberitahu kakak iparnya mahu ke tandas tanpa menyedari gerak-gerinya diperhatikan pengawal keselamatan terbabit.
“Pengawal yang gagal mengawal nafsunya meminta mangsa melakukan seks,” katanya.

Mangsa enggan dan dia yang ketakutan cuba melarikan diri namun gagal apabila tangannya dipegang sebelum dicekik menyebabkan mangsa sukar bernafas.

“Pengawal yang melihat mangsa mula lemah dan hampir pitam bertindak menarik seluar mangsa sebelum merogolnya,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa pelik hampir setengah jam anak gadisnya dalam tandas memanggil nama anaknya itu berulang kali apabila menyedari pintu tandas dikunci daripada dalam.

Sumber berkata, pengawal itu cuba melawan melepaskan diri dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu datang membantu dan menangkapnya sebelum dibawa ke Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan penahanan lelaki terbabit yang direman 14 hari.


p/s: Daripada bayar pengawal keselamatan macam ni baik BELA ANJING .... anjing jauh lagi baik dari pengawal keselamatan mcm ni...

Yours Truly,
-Karbie-

4 comments:

cik comey said...

teruknya...tp tandas tu kt luar pangsapuri ker??x brape phm plak..tp mmg bela anjing lebih baik la dr hire org camni...

Karbie said...

saya rasa toilet yang kat bawah tu...public toilet utk pangsapuri tu ...tu la kan..anjing jauh lagi bagus..paling teruk pun kena gigit je...hehehe

mrsRons said...

bengong ..mmg kebanyakan muka2 pak gard ni mcm penjahat..senyum pn nampak gatal..hati2 la

Karbie said...

Tula...mmg tandas awam tempat bahaya sekarang ni,,,,stesen minyak pun jgn g sensorang nak2 toilet yg jenis kat belakang...