Tuesday, April 17, 2012

Hapuskan PTPTN???

Apa ni apa ni???

Lama tak baca newspaper...tak tau apa cerita ni...kenapa nak hapuskan PTPTN??? Sapa yang buat demonstarasi tepi jalan ni??? Haijoooo...

Time PTPTN bagi duit, korang joli...tukar handphone la, beli mekbuk la, blanja awek la...dah tu skrg ni apa cerita nak hapuskan??? Hutang PTPTN dah bayar habis kew???? Masa dapat duit tak hengat dunia...tetiba nak buat kecoh kenapa skrg ni??? Bufff

Dah tu budak2 skrg yang nak sambung belajar dan tak dapat biasiswa sapa nak tolong kalau PTPTN dah dimansuhkan??? Sapa nak tolong??? Along??? Haishhh...tak paham aku weh orang zaman sekarang...

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bayar hutang tu dulu sebelum duk buat bising kat tepi jalan...jgn duk buat mcm orang kurang siuman dgn harapan PTPTN korang dapat FREE *wink wink*

P/s : Cek skit immigration dah blacklist belum...(˘_˘")


Yours Truly,
-karbie-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


1 comment:

mrsRons said...

bukan ke die fight tuk hapuskan kos pentadbiran... bukan hapuskan terus kot