Wednesday, May 23, 2012

Tamatnya sebuah penantian

Alhamdulillah...

Hari ni aku dpt berita gembira dari seorang teman rapat...teman sekatil sebantal..sbb tu la aku kecoh..ahaks..nama biarlah rahsia bagi memastikan beliau tidak terancam..muahahah..

Oh yeah..beritanya adalah beliau sudah pregnant...hampir 3 tahun beliau menantikan saat bahagia ini..saat yg dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri...pelbagai cara telah di ikhtiarkan..akhirnya hari ini keputusanya adalah positive..alhamdulillah.. 



Dengan bantuan teknologi akhirnya segala yg diimpikan telah menjadi nyata...secanggih mana teknologi sekali pun segalanya dtg dari Allah yg mengurniakan manusia akal fikiran ;)

Beliau diuji dengan pelbagai ujian tapi beliau tabah menghadapinya...airmata yang diiringi dgn doa tidak akan disia-siakan...sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya yg lemah..kerna DIA lebih tahu ;)

Pic Pregnancy test yang dikirimkan kepada saya :')


Ingat pesan Saidina Ali Radiallahu Anhu-
"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana emas itu di uji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk menunaikan apa yang diperintahkan."

Hoyeahhh...I'm happy for u my dear...keep on praying yeah...semoga semuanya selamat sehingga ke hari kelahiran ;)

Kalau beliau menunggu saat bahagia ini..saya sebagai teman menunggu saat beliau bahagia dgn berita ini ;))

P/s : Mood tersenyum sepanjang hari..aku yg excited lebih *tears*

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ 
"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Baqarah : 128)


Yours Truly,
-karbie-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

cik comey said...

cogratz untuk kwn akak...semoga dia n baby sihat n selamat melahirkan..aminn..

Karbie said...

Tqvm cik comey...may allah bless u too

mrsRons said...

congrat,,happy 4 her too