Saturday, October 13, 2012

Parents ku masuk harian metro..



KOTA BHARU: Demi minat sama, sepasang suami isteri sanggup berkongsi wang sebanyak RM20,000 bagi membeli sebuah kereta Volkswagen klasik keluaran 1972.
Malek Muhammad, 67, dan isterinya, Hasnah Ahmad, 65, juga aktif mengikuti program yang dianjurkan Kelab Volkswagen Klasik Kelantan (KVKK), yang ditubuhkan tahun lalu dengan mengambil bahagian dalam jelajah Volkswagen di dalam dan luar Kelantan.

Menurut Malek, dia dan isterinya menyertai Kembara Volkswagen Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK12) bermula dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, Johor dan Melaka selama empat hari bermula kelmarin.
“Saya gembira dapat bersama isteri menghabiskan masa usia emas bersantai dengan mengikuti kembara atau jelajah Volkswagen yang dianjurkan KVKK sama ada di dalam dan luar Kelantan. “Saya dan isteri mempunyai ramai rakan yang menganggotai KVKK, malah kami tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam program yang dianjurkan kelab,” katanya.

Menurut Malek, minatnya memandu Volkswagen semakin mendalam sejak tahun lalu apabila melihat rakannya memiliki kereta klasik itu. Katanya, dia sanggup menjual sebuah kereta mini dan membeli Volkswagen di kedai kereta terpakai di bandar ini.

“Sejak menganggotai KVKK, saya dan isteri berpeluang menjelajah di dalam dan luar Kelantan termasuk ke Thailand dan seronok memandu ribuan kilometer bagi menghabiskan masa bersama rakan dari kelab berkenaan.
“Walaupun letih memandu kereta dalam jarak jauh, saya seronok kerana dapat bersantai bersama keluarga dan rakan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13



Lawak dowh..tua2 masuk paper...adoyai...anak2 pun tak pernah masuk paper tau..tak kira la metro ke apa kan..janji masuk paper..dulu bapak aku pernah masuk nanyang siang paw kot..Hªªhªhªªhªªhªhªª ....

Penangan VW la ni..hurmmm...habiskan masa berdua dan bersama katanya..ahaks...aku tau tu bukan ayat bapak aku..editor nak sedapkan ayat je kan ;p

You are ROCK !!! (っ˘з˘)っ~♥

3 comments:

Zara Dchiemara said...

Hhahahahah cayalah! Glemer En Malek masuk paper.. Chek nmpk sihat n riang..mata dia ok dh ke na?

Karbie said...

Hoho..kuat la sek dio loni...derak jak kijoe...mata che ok doh loni...

mrsRons said...

klass ko jahhh