Sunday, June 30, 2013

Kini ku faham

Kini baru aku faham..kenapa dulu setiap kali mak aku bawak aku jumpa doktor time aku demam, dia mesti bgtau doktor ' she had ASD repair before'...ayat ini sering diulang setiap kali aku jumpa doktor..sehinggalah aku jumpa doktor masa nak masuk U utk buat medical check up , inilah ayat yg sering ibuku ungkap...

Rupanya, 'suara' yg bakal didengar oleh doctor dari degup jantungku amat berbeza..dan jauh sekali bezanya dengan org biasa...sebelum mereka bertanya maka ibuku mulakan bersuara ;')

Sesuatu yang tak pernah aku ambil tahu...hanya ibu yang tahu dan cukup tahu walau aku sering buat tak tahu..aku sudah bilang, selepas Tuhan nombor satu, ibulah yang maha tahu..sesuatu yang tak perlu aku ragu..

p.s : Tuhan, tolong jagakan ibuku buat aku..semoga tuhan juga jaga ibu kamu semua ya ♡♥



No comments: