Monday, June 3, 2013

Soalan Tradisi yang tak jaga hati

Sebelum kahwin - Bila nak kawin ni?

Selepas Kahwin - Bila nak nak dapat anak ni?

Soalan yg sering mengasak minda menjadi semakin sesak..mujurlah ibuku tidak pernah mendesak...meletakkan segalanya sebagai rezeki Illahi tanpa dia khuatari..

Muak dengan persoalan di lempar..ditanya soal jodoh pertemuan..kalau nampak aku duk bawak jantan kehulu kehilir logic la nak tanya bila nak kawin..tp kalau dah tak nampak jgn ditanya lah..tak gitu..kalau bukan tanya bila nak kawin bleh plak dia tanya bila nak ada boyfriend..cari la boyfriend sorang dan sebagainya..terlalu cetek pemikiran yg hanya sesuai di zaman perang...luaskan scope perbincangan..ini zaman globalisasi uncle auntie ;)

Bila dah kahwin diasak pula soal keturunan..sipulan tak dapat anak after 5 tahun boleh plak di tanya tak nak anak ke?? ini soalan jahanam..tiada nilai kesopanan...jaga2 kawan ;)

Kalaulah pasangan suami atau isteri dan juga bayi adalah 'barang dagangan' sudah tentu kami yang 'kurang' akan cuba cari jalan utk 'dapatkan'..hati2 dalam mengemukakan soalan..bukan hanya yg terlintas difikiran ;)
Biasanya yg sering bertanya adalah yg sudah lanjut usia..tak lupa juga golongan muda..bukan apa ini sudah jadi tradisi orang kita...

Hakikatnya jawapan aku dan kamu adalah satu..andai aku tanya bila 'tarikh luput' kamu..apa kamu tahu?? bila izrail mahu datang menjemputmu supaya aku bisa datang di majlis tahlilmu... itu semua kerja yang Satu..takperlu terburu-buru..Dia lebih tahu dari aku mahupun kamu..kita hanya perlu 'tunggu' saat 'itu' ;)

Nukilan petang :)


No comments: