Friday, October 17, 2014

Adat Kehidupan

Kadang kadang org yg datang dalam hidup kita ni kita tak bleh nak duga...

Ada yang kau kenal dah lama tapi tetiba kau rasa mcm kau tak kenal dia..seolah dia tak pernah kenal kau..berubah..

Ada org yg dah lama tak jumpa kau..tetiba datang dalam hidup kau mcm dah lama kenal kau...kau pun mula rasa pelik...dulu takde rapat sgt dengan dia..biasa biasa je..tp saat dia datang dlm hidup kau dia seolah nak dekat dgn kau...tapi yakin lah ni gerak geri tuhan...

Pelik. Tapi itulah kehidupan. Pasir di pantai pun berubah. Ini kan manusia.

Main point aku nak bgtau..sekarang ni aku rasa sepi tambah bebal...bila aku sepi aku kena cari kawan... Masalahnya kawan aku smua bz dgn percaturan hidup memasing..aku hilang punca...tu je..lulz...

Makin sepi aku makin bebal aku rasa...tak de org nak kongsi ilmu dengan aku...banyak bersosial ni tambah ilmu sebenarnya..tak kira la ilmu dunia ke selepas dunia..tapi ada la...

Aku pun kena cari yg namanya kehidupan...tak bleh terus beri harapan demi harapan..kena berganjak ke depan..sebab tu lah skrg aku cuba perlahan lahan...buat sesuatu tanpa berteman..kerna ada masa kau akan keseorangan...belajar belajar lah terima adat kehidupan...



Saturday, October 11, 2014

Ingatkan aku

Aku mengaku banyak cacat celanya
Aku mengaku aku bukan sempurna segala
Aku mengaku aku tak punya apa
Aku mengaku lemah segalanya
Usah melihat aku seperti adanya aku
Usah menilai aku dengan setiap perbuatan mahupun bicaraku
Usah mencemuh aku dengan kurangnya aku
Kerna aku sudah sedia tahu setiap kurangnya aku
Tapi tolong sering ingatkan aku
Akan dosa dan ketelanjuranku
Jangan pernah tinggalkan aku dengan kejahilan dan keangkuhan ku
Ingatkan aku selama mana mampu mu
Jangan biarkan aku dengan caraku
Jangan pernah benci aku dengan apa adanya aku
Ingatkan aku juga utk tidak membenci dengan apa adanya kamu
Ingatkan aku bahawa tidak ada yg sempurna
Ingatkan aku yg tidak sempurna itulah warna jiwa dan dunia
Tidak selalu indah dimata
Datang sebagai ujian kadangkala
Agar tidak terus berada di zon selesa
Penuhi jiwa dengan kasih sayang sesama manusia



Friday, October 10, 2014

Grown up

Dari kecik sampai besar
Tempat dia disisi aku
Penyebok pon dia
Org suruhan pun dia
Time mood aku baik dia bleh duk tepi aku lelama
Time mood aku tak baik aku marah dia
Hahahha
Itulah kemanisan dalam rumah dan tangga
Dari kecik suka bercerita
Dan aku pula akan setia mendengar
Walau kadang kala masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Aku pendengar yg setia sebenarnya
Marilah bercerita
Aku sedia mendengarnya
Aku belajar melalui setiap cerita
Suka mahupun duka
Aku tetap ambil kira
Beluk terlambat rasanya
Untuk aku ucap selamat hari raya
Berkorban lah apa saja demi agama
Yakinlah tuhan kira setiap satunya
Usah ragu dengan janji Dia
Tenang tenang saja
Ganjaran sudah tersedia



Monday, October 6, 2014

#BERIAKUMASA

Maaf kata
Diasak dengan pelbagai cerita
Terlalu banyak tanya
Pun tak kena juga
Nampak seperti terlalu beriya
Mahu ruang dan masa katanya
Aku beri ruang sepenuhnya
Biar semuanya seperti sedia kala
Andai masih perlukan..aku masih ada
Itu saja
Tak diperlukan juga tak mengapa
Semua punya dunia
Tenang tenang saja
Doa semuanya kembali seperti sediakala
Tak ada lebih di mana mana
Cuba sedaya upaya
Mahu lebih sudah tidak berdaya
Maaf kalau banyak yg kurang sempurna
Tak perlu terasa biarpun siapa
Hanya sekadar nukilan untuk aku ungkap segala cerita
Nanti dibaca kemudian masa
Hanya aku yg akan faham cerita disebaliknya
Sambil tersenyum manja
Diperbodohkan oleh rasa dijiwa
Saat hati terasa
Seperti terluka
Hirisan kecil sahaja
Ditabur garam bukit sebutir dua
Pedih terasa berbisa
Tak mengapa
Akan sembuh dengan peredaran masa ;)
#beriakumasa


Saturday, September 6, 2014

Aku.Kamu.Dia.Kita Coba

Cuba sesekali ubah diri biarpun sehari

Buang rasa amarah dari hati

Rendah diri
Sabar saat dicabar
Buang dengki dan iri
Apatah lagi rasa tak puas hati
Cuba sehari dua terapkan sifat ini

Tak senang saat membaca
Sungguh aku kata
Menulis bukan kerana sempurna
Menyampai bukan kerna tiada cacat cela
Aku juga hamba sarat dosa
Mungkin tak terhapus andai dihitung masa
Yang saban hari terus berganda
Selama ada masa
Kita cuba
Tak semua tak mengapa
Mugkin satu atau dua
Sekurangnya ada usaha
Dari hanya mendabik dada
Seolah akulah yg sempurna
Dan mahu lihat segala yg depan mata
Seperti dalam drama
Itu hanya imaginasi manusia
Ya..Imaginasi kita
Kamu, aku dan dia
Mahu yang baik2 saja
Terlahir puteri dan putera raja


Kerana aku sring mahu yang sempurna
Tunggu yang sempurna
Benci pada yang banyak cacat cela
Nafsu yang sering menggila
Mahukan segala yang maha sempurna
Seolah dunia aku yang punya
Seolah akulah yg hebat saban masa
SILAP BESAR RUPANYA :p



Wednesday, September 3, 2014

Sempurna

Mana mungkin dalam dunia ada yg sempurna

Kita hanya manusia biasa penuh cacat cela

Pasangan mahukan yg bahagia seperti dalam cerita..sempurna seperti puteri dan putera raja..itu hanya dunia khayalan semata...dunia ini penuh pancaroba..bukan seperti alam maya..boleh di 'suka' mahupun dihapuskan begitu saja..

Mahu yg sempurna lengkapkan diri jadi yg sempurna..moga moga akan dipasangkan dgn yg sempurna juga..

Belajar ubah diri sendiri kalau mahu orang lain melakukan perkara yg sama..

Kamu,aku dan dia..kita hanya manusia..yg biasa biasa..yg banyak cacat celanya..yg kurang sini sana..yg sering lupa dan alpa..yg perlu sering diingatkan saban masa...yg terleka dgn peredaran masa..yg asyik dgn keseronokan dunia..yg pasti akan terngadah bila sampai masa..jgn sampai semuanya sudah tidak seperti biasa...semuanya tinggal sejarah semata..jgn sampai hilang segala..yg hari ini kita anggap tidak berguna dan bermakna..yg kita sering anggap kurang segala..hargai selagi ada..sungguh aku kata..segalanya sudah tidak lama..tunggu masa ;)

-Pendosa alpa-



Merdekakan jiwa

Makan dengan wajah penuh kemerdekaan
Disini lahirnya sebuah cinta..yg terkadang penuh porak peranda..tanah tumpah darah mak bersusah payah melahirkan kita..bukan darah kau yg tumpah masa tu lulz..
Ni la jiwa anak merdeka..makan sedap..makan banyak..nak makan cukup mudah..makanan bersepah...
Rasa nak mulakan semula misi turunkan smula berat badan yg naik mendadak dek kerna nafsu membuak...lulz
Who's with me raise ur hand...
Dah !! stop makan makanan tahap rubbish..
eat clean.eat health.cut sweet drinks/dessert.drink a lot of water.less carbs.workout.sweat da fat.
Pesanana penaja ;
Cantik luar,cantik dalam
Jaga kesihatan luaran juga dalaman
Terapkan rasa rendah diri sesama insan
Buang sifat ego yg melemahkan
Isi jiwa dengan kasih sayang
Buang rasa yg tak menyenangkan
Saling cinta saling sayang




Monday, August 25, 2014

Tappers Shuftsbury cyberjaya

Not bad food kat tappers ni

Kalau uols ada melintas area sini bleh la mai try tappers ni...for me food dia ok la for the price u pay kan..

Apa apa pun aku dah boikot tgi alamanda..sebab ada rambut dalam lamb aku..hewhewhew..



Tuesday, August 19, 2014

Putera berani

Pertama kali
Bertentang mata jatuh ke hati
Ku dakap erat Ammar Al-Qadri
Putera bonda gagah berani
Sampai kita ketemu lagi
Akan aku nukilkan lagi
Kisah putera penuh misteri
1 syawal menjadi saksi
Lahir kamu ke muka bumi
Sebagai hamba pada Illahi
Yang sudah lama termetrai janji


Sunday, August 17, 2014

Balasan vs ujian

Main dgn budak sekejap boleh la

Belum bersedia siang malam nak dgr rengekan..

Nak bangun 3 4 pagi sediakan keperluan

Bila tuhan tak lengkapkan...ada sesuatu yg DIA nak sampaikan...

Belajar lengkapkan lohong lohong dalam kehidupan..yg sering ada kekosongan...

Diri sendiri pun tak reti nak sayang..jgn cakap pasal hubungan ;)

Ada sebab tuhan tangguhkan..jangan terus kata ini balasan kemurkaan..tapi ujian...yg akan lebih mendewasakan ...menguji akal pemikiran..jgn mudah buat kesimpulan..bukankah tuhan itu maha penyayang...



PCLO BANGI

Orang kecoh boikot starbucks dan mcD

So korang kalu rasa nak lepak kat kedai ala2 hipster cafe bleh la mai pclo bangi...duk lepak sambil order secangkir kopi..dilengkapkan pulak dengan churros with ice cream...hipster gila kau rasa..

Sambil2 tu update la kat IG ke FB ke..bagitau la dunia..kau ni hipsternista...berkacamata hitam..seluar lipat kaki sampai terkeluar bulu kaki

Dunia hari ini semua utk menunjuk pada semua..itu gunanya laman sosial yg ada..so tempat2 mcm ni la kau kena pegi..stakat update kluar masuk klcc bangla pon bleh p...lulz..

Aku takde share pon dgn kdai ni..saja up kan lagi perniagaan orang kita...kasi tulis review yg sedap utk dibaca..jgn tau boikot sini sana..tp tak bagi alternative yg ada...



Kain buruk kepam

Petang ahad

Bulan masih syawal

Kau duk melepek kat rumah..takde pulak org nak ajak open house..kawan kawan aku ni semua p mana la agaknya..yg ajak open house pon nun jauh di temerloh..

Tdo bangun tdo bangun..

Kepam dah rasanya ni..

Loser gila hari ahad kau duk melepek mcm kain buruk kat rumah..

Tapi ni lah lumrah..

Time kau bz kalah perdana menteri time tu la invitasi berduyun duyun..kawan kau ajak kluar berjimba..mak bapak kau pulak datang..

Tapi bila time kau sehelai kain buruk ni sebijik butir mata pon kau tak nampak..takde pulak nak ajak kau melepak..dunia gempaq jadi gelap...nak kluar merayap pon mental duk putar kata esok hari isnin...

Tunggu la azan asar pastu maghrib..

Dah maghrib hilang la meroyan kau...



Friday, August 15, 2014

Serabei Ayer8 putrajaya

Hi uols..

Kalau teringin nak makan juadah patatimo bleh la try serabei cafe ni..ayer8 putrajaya

Food dia not bad

Mmg limited but worth la mai sini

Ada nasi kerabu,nasi dagang, nasi beriyani,lompat tikam & serabei (kuih tradisi kelantan)



Tuesday, August 12, 2014

Arisha's Granpa

Usai Maghrib
Malam Jumaat
Dalam wudhu
Diatas pembaringan
Dialunkan bacaan yassin oleh cucunda tercinta
Terputus segala hubungan dgn dunia
Diberi bantuan mesin sementara
Buat sehari dua
Tuhan lebih sayangkan dia
'Detik' itu tiba
Dikembalikan kepada pencipta
Berehatlah sepuas2nya
Tuhan!!
Terimalah doa hamba pendosa
Bawa dia ke syurga
Ringankan seksaannya
Luaskan kuburnya
-110814-



Saturday, August 2, 2014

1 Syawal 1435h

Sambutan biasa biasa saja

Hati masih terasa dengan pelbagai peristiwa yang menduga jiwa sepanjang bulan puasa..kemalangan yang meragut nyawa sadara saudara kita

Moga moga doa kita semua diterima

Salam syawal dari kami sekeluarga

Tahun ini tiada aktiviti keluarga keluar kota..tanda hormat pada yg masih berduka..moga moga tabah menerima ketentuan pencipta



Friday, August 1, 2014

4 Syawal 1435H

Muak sudah dengan gaya pemakanan di musim raya..

Malam ni ajak bapak keluar makan yg ringan ringan...

Hayaki Kopitiam



Wednesday, July 23, 2014

Ifthoor with my fav girls n boys

As usual ni je la wajah2 kesayangan hamba....yang lain bz bekerja...susah nak jumpa

Plan nak berbuka kat sunway sekali melencong sampai ke putrajaya..not bad ah Padi Putrajaya ni..susana pun cozy je...food pon sodap jugak aih...

Dah masuk kawasan putrajaya my sistah pon semua sebok la nak join sama..huhu..dah jadi ifthoor keluarga lah pulak..

Thanks guys sudi berifthoor bersama..tercapai jugak cita cita kak ron nak berbuka bersama..bersama pun ni je la..gang lain semua kat pahang..effa mmg terkenal dengan sifat bz dia..sesekali dpt jumpa pun dah cukup baik dah..tak gtu pah?? Kikiki

Post penutup ramadhan aku kira..

Sampai ketemu selepas syawal..

Moga masih sempat bersua muka bergelaj ketawa..




Pesanan ikhlas penaja..pls be extra careful sepanjang pemanduan pulang ke kampung halaman..careful dalam erti kata mohon perlindungan sepenuhnya dari DIA..tak guna..kita je buka mata..tapi yg lain bawak mcm pelesit gila hingga kita jadi mangsa..sama sama doa..doakan aku juga ya ♥♡♥♡