Tuesday, January 7, 2014

Persoalan mahupun alasan

'Nak mengaji bunyi sedap kena belajar tajwid dulu...bila tajwid dah betul baru bacaan pon sedap di dengar and lancar' katanya seorang ustaz fenomena...


'Nak hafal quran jgn terus terjah hafal al-baqarah..mampuih la kalau hafal quran start dgn baqarah..baqarah ni panjang susah plak tu nak hafal....mula la dgn surah surah penting dalam quran dulu seperti al-mulk, al-insan, sajadah etc' katanya seorang lagi ustaz


'Kenapa nak hafal quran?? kerna bagi memastikan al quran ada pada dada manusia...kenapa?? bayangkan suatu hari allah ambil pancaindera yg dinamakan mata...nahhh masa tu dah tak mampu nak tgk quran dah..baca apatah lagi...tp kalau dah hafal quran maka al quran ada dalam hati kita dan mampu berzikir dgn lidah kita tanpa melihatnya dan dimana mana sahaja...dalam keadan duduk, meniarap, terlentang, tersembam etc...tp kalau guna naskah maka kena la beradab kan?? tak bleh hafal 30 juzuk hafal la sikit2 '


'Tapi ustaz hati saya ni dah keruh mcm sungai klang dah mcm mana nak hafal quran...ustaz pun jawab, sbb hati dah mcm sungai klang la awak kena baca quran kasi suci mcm sungai nil'
'Tapi ustaz sy dah tua la otak dah karat la...lalu jawab ustaz nabi mula hafal quran usia 40...ala ustaz dia nabi saya ni pendosa...jawab ustaz, maka bacalah quran kerna hanya al quran boleh menyelamatkan kamu nanti wahai sang pendosa '


'ustaz saya tak banyak masa la nak baca quran...maka bacalah walau dua ayat sehari'
'Ustaz sy ni merangkak baca quran mcm kura2... 
Rasulullah S.A.W bersabda: Orang yang mahir dalam membaca al-quran akan berkumpul para malaikat yang mulia taat bersamanya, dan orang yang tergagap gagap serta susah apabila membaca al-quran akan mendapat pahala dua kali ganda.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Apa lagi alasan kamu?? 

p.s: Penangan ustaz fenomena ;p

iqra'


No comments: