Saturday, January 11, 2014

Secangkir kopi

Dulu kan...bila aku ajak minum kopi sebenarnya aku nak duduk relax2 so that aku bleh layan fon aku..main fb, update twitter, upload instagram dan mcm mcm lagi la aku buat dgn fon..


Tapi kan skrg bila aku ajak kluar minum kopi mahupun keluar makan atau berjumpa sesiapa sahaja selama mana ia adalah manusia kan..sebenarnya aku nak dengar korang ckp...aku nak dgr cerita korang...aku nak borak ngan korang...aku nak cerita mcm2 kat korang...aku nak gelak ngan korang..aku nak bersenda gurau dgn korang...aku nak tgk mata korang...


Aku tak salahkan sesiapa...itu sudah jadi kebiasaan..dapat je kerusi utk duduk maka telefon pon akan dikeluarkan...objek sekeliling seperti tidak wujud lg...


Dulu masa anak buah aku takde gadget lagi kan, bila aku keluar dgn dia aku akan sibuk main fon balas wasap etc...dia takde gadget lg masa tu maka dia akan cuba tarik perhatian aku tny macam2...aku nak dia senyap maka aku sua dia dengan makanan minuman jajan atau buku...n aku sambung layan fon..tp skrg bila kluar dia dah tak peduli dah apa aku buat sbb dia bz dgn ipod dia..dulu time naik kete bila dia tny mcm2 aku slalu suh dia diam...n skrg dlm kete dia akan sumbat earphone dgr lagu n tak peduli keadaan sekeliling...sebenarnya kita yg ajar mereka jauh dari kita..tanpa kita sedar ;)


Kita tak mampu nak ubah org lain..tp kita bleh ubah diri kita...tp bila aku tak kluarkan fon masa minum atau tunggu makanan aku rasa mcm org gila.. pandang kiri kanan atas bawah tak tau nak buat apa...tp aku cuba ;)


So lepasni aku lambat balas wassap ka fesbuk ke apa ke...maknanya aku sedang keluar dengan manusia ;p


p.s: Gambar hiasan..diorang bukan macam ni ;p



No comments: