Tuesday, April 29, 2014

Pusat Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas

Update : April 2014

Alhamdulillah..

Kerna message berantai seorang hamba Allah maka Pusat Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas tepah didatangi oleh tangan tangan yang yang ingin menjadi pelabur untuk akhirat...

Subhanallah...penyayangnya kalian..semoga Allah sahaja membalasnya...tapi sayang kerana terlalu banyak sehinggakan berlebihan stock makanan kering...orang orang tua ni bukan makan banyak sangat kan...

Semoga dipermudahkan urusan mereka untuk menjual kembali barangan tu ataupun diagihkan kepada yang juga memerlukan..semoga Allah mudahkan urusan kalian..

P.s : Teruskan 'melabur' untuk saham akhirat Wahai saudara saudari yang aku cintai...aku juga sedang mengingatkan diri yang hina ini...biarpun seringgit dua tapi kalau ikhlas kerana DIA bukankah syurga jaminannya?? Dirikanlah solat dan tunaikan zakat وَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَآتُواْ الزَّكَاةَ Lihat pada ayatNya sahaja sudah pun disatukan antara solat dan zakat...apa lagi alasan kita utk melabur dunia semata dan lupakan saham akhirat..ingat!! smua milik DIA..kumpulkan harta dunia kerana ada 'tujuannya' ...sekali rumah terbakar, dimasuk perompak, accident, banjir etc...mana milik kita??? Yang kita sedekahkan itulah milik kita..semoga ia beratkan neraca timbangan amalankan kita 'disana' ;)

#hambaAllah #HinaDina



Monday, April 21, 2014

Semborno

Nak terasa dgn manusia sampai bila, banyak yang tak kena...hampir semuanya kerna kita punya pemikiran berbeza hati lagilah jauhnya ;)


Kadangkala kata kata manusia buat hati tak dapat terima..kadangkala hanya dengan bahan penulisannya hati bisa terasa...begitulah kata pujangga..tajamnya lidah tusukannya mampu cederakan jiwa sepanjang usia...tajamnya mata pena kesannya pada setiap titisan tinta...


Jangan, jangan begitu..kesalahan seseorang jangan terus kita simpan..lemparkan sejauh yg mungkin..itu hanyalah sebahagian dari mainan jiwa yang mampu mematah robekkan seluruh perasaan...jangan bazirkan..waktu yang bersisa jangan dibiarkan dengan mainan jiwa yg sedemikian rupa..sungguh aku kata ianya tak kemana ;)


Kalau jelas kita mudah terasa dengan kata kata, maka lihat kembali kata kata yg sering kita utara pada manusia...jangan sembrono dalam setiap perbuatan mahupun kata kata...sebelum tuding jari pada orang lihat dulu diri..kalau jawaban 'ya aku cukup sempurna' maka teruskan tudingan..kalau jawapannya masih samar kerna aku juga insan, maka tangguh dulu perbaiki diri..


Kata biasanya karma..kata islamicnya kafarah barangkali...setiap dosa ada balasnnya kalaupun bukan di sana ,didunia sudah ditunjukinya begitulah sebaliknya ;)


Aku sedang menunding jari ke arah mukaku sendiri..mengapa aku sering mudah terasa dengan manusia..padahal manusia itu sifatnya sering berpura pura..apa aku sedang membuang masa?? Aku juga sering benci dgn perangai manusia apa aku lupa aku juga sama seperti mereka yg punya kurangnya tak ada yang sempurna...makanya...ingatlah wahai jiwa yg meronta dengan pancaroba dunia...usah berterusan berburuk sangka kerna semuanya buang masa semata..


Teruskan menerokai hidup yang penuh liku dan cabang..cabang dan liku itu mendewasakan manusia..cabang dan liku itu membuka minda utk terus menerokai dan bukan menuding jari...percayalah kamu tidak akan pernah sempat untuk jumpa apa yang kamu cari didunia...


Kiraaannya saat kamu lahir kamu mahu cepat dewasa..saat kamu dewasa kamu mahu kerja..saat kamu sudah kerja kamu mahu pasangan bahagia...saat sudah bahagia kamu mahu cahaya mata...sudah dapat cahaya mata kamu mahu mereka berjaya...dan seterusnya..makanya apa yg kamu cari tak pernah terhenti disitu sahaja sehingga kamu tutup mata...yang setiap manusia impikan saat didunia...tiada terkecualinya melainkan mereka yang berada jelas pada jalan tuhannya..kerna tujuan hidup di dunia adalah untuk kecapi bahagianya di sana...


-Aku hanya hamba pendosa-


Friday, April 18, 2014

Kamu

Aku tahu akan peritannya jasadmu..aku tahu akan luluhnya jiwamu..aku tahu akan lemahnya anggotamu..aku tahu akan tingginya harapanmu..aku tahu akan rapuhnya nalurimu..aku tahu kau masih menunggu...


Setiap kali kau bercerita sungguh aku mahu menjadi pendengar setia...walau kadangkala aku tiada solusinya...aku hanya mampu mendengar dan berdoa...agar dipermudahkan setiap urusan mu dan datangkan yang terbaik...tapi jauh disudut hati kecil aku takut kau mengalah...


Andai kau perlukan, aku sentiasa ada..tapi ingat andai suatu saat nasihatku sudah tidak berguna, kamu jangan pernah mengalah ya...kerna aku terus akan mendengar sampai bila bila...aku bukanlah pendengar yg terbaik kerna kadangkala aku juga tiada solusinya...


Saat kau masih dibahuku untuk mengadu lalu nasihatku sudah tidak memadai buatmu jangan pernah berganjak walau selangkah saat kamu masih lemah aku takut kamu rebah...aku sudah tidak mampu mengangkat kamu utk terus melangkah...


Tuhan sedang mengujimu dan saat kau tabah ganjaranmu sudah melimpah ruah...tolong jangan pernah mengalah dan mengaku kalah...demi Allah...


Tak takut sesat ke

Takut aih..sapa tak takut..sekarang ni banyak ja ajaran sesat kan...ahaaa..tu la nak beljar kena berguru..kalau belajar sorang2 takut syaitan jadi tok sheikh ;p

Aku bukanlah sedang mentafsir hadith mahupun al quran sendiri..buku yang di beli sekadar membuka minda dan berlapang dada menerima kehebatan dan keindahan islam..itu sahaja...demiAllah bukanlah perubahan ini semata ingin menjadi 'ilmuan segera' untuk di gelar alim ulama hanya sekadar menambah ilmu di dada agar tidak terlalu leka itu sahaja...tidak di nafikan ramai di luar sana yang menjadi ustaz ustazah copy n paste mahupun instant..semoga aku di jauhkan...

Cukuplah aku perbetulkan dulu apa yg telah lama aku tinggalkan...semoga ceramah agama dan buku buku ini membantu membuka minda dalam aku kembali mempelajari agama...mana ada buku yg aku beli duk syarah hadith segala...aku tak sampai la tahap tu..yg tu kena p menuntut ilmu dan berguru...ni elok skit dari baca buku motivasi je la...termotivasi utk memenuhi dada dengan mendekatkan diri dengan pencipta itu sahaja itu pun masih banyak yang tak sempurna ;)

Aku ingatkan diri aku dan siapa sahaja yg baru nak berubah janganlah terlalu taksub dengan perubahan sampaikan tak nak dengar pendapat orang..jangan pula terlalu taksub dengan seorang guru sampai tak nak terima kata guru lain..belajar biar dari guru yang ramai..baru kita rasa seronok dengan ilmu dan tidak jumut...pendapat guru guru ustaz ustaz mungkin lebih buka minda kita...bukan nak pecah belahkan manusia...kerana bagi aku yg jahil, uztaz ustazah ni la perantara dalam penyebaran ilmu...salah mereka salah la kita betul mereka betul la kita...

Jangan pula dengan ilmu yang tak seberapa sudah mahu hentam ustaz sana sini...Islam setahu aku bukan begitu..islam itu aturan cukup indah..hentam menghentam bukan ajarannya...tetapi berdiskusi berbincang bermuzakarah itu mungkin lebih baik..wallahualam aku jahil..bab ni jgn ambil pedapat aku...hahahha..
YA ALLAH BERILAH KAMI ILMU PENGETAHUAN YANG BERMANFAAT..FAHAMKANLAH KAMI AKAN AGAMA DAN AL QURAN...DATANGLAH KEPADA KAMI IMAM YANG BENAR...JANGAN KAU SESATKAN AQIDAH KAMI..MATIKAN KAMI DALAM ISLAM DAN IMAN....