Friday, October 17, 2014

Adat Kehidupan

Kadang kadang org yg datang dalam hidup kita ni kita tak bleh nak duga...

Ada yang kau kenal dah lama tapi tetiba kau rasa mcm kau tak kenal dia..seolah dia tak pernah kenal kau..berubah..

Ada org yg dah lama tak jumpa kau..tetiba datang dalam hidup kau mcm dah lama kenal kau...kau pun mula rasa pelik...dulu takde rapat sgt dengan dia..biasa biasa je..tp saat dia datang dlm hidup kau dia seolah nak dekat dgn kau...tapi yakin lah ni gerak geri tuhan...

Pelik. Tapi itulah kehidupan. Pasir di pantai pun berubah. Ini kan manusia.

Main point aku nak bgtau..sekarang ni aku rasa sepi tambah bebal...bila aku sepi aku kena cari kawan... Masalahnya kawan aku smua bz dgn percaturan hidup memasing..aku hilang punca...tu je..lulz...

Makin sepi aku makin bebal aku rasa...tak de org nak kongsi ilmu dengan aku...banyak bersosial ni tambah ilmu sebenarnya..tak kira la ilmu dunia ke selepas dunia..tapi ada la...

Aku pun kena cari yg namanya kehidupan...tak bleh terus beri harapan demi harapan..kena berganjak ke depan..sebab tu lah skrg aku cuba perlahan lahan...buat sesuatu tanpa berteman..kerna ada masa kau akan keseorangan...belajar belajar lah terima adat kehidupan...



Saturday, October 11, 2014

Ingatkan aku

Aku mengaku banyak cacat celanya
Aku mengaku aku bukan sempurna segala
Aku mengaku aku tak punya apa
Aku mengaku lemah segalanya
Usah melihat aku seperti adanya aku
Usah menilai aku dengan setiap perbuatan mahupun bicaraku
Usah mencemuh aku dengan kurangnya aku
Kerna aku sudah sedia tahu setiap kurangnya aku
Tapi tolong sering ingatkan aku
Akan dosa dan ketelanjuranku
Jangan pernah tinggalkan aku dengan kejahilan dan keangkuhan ku
Ingatkan aku selama mana mampu mu
Jangan biarkan aku dengan caraku
Jangan pernah benci aku dengan apa adanya aku
Ingatkan aku juga utk tidak membenci dengan apa adanya kamu
Ingatkan aku bahawa tidak ada yg sempurna
Ingatkan aku yg tidak sempurna itulah warna jiwa dan dunia
Tidak selalu indah dimata
Datang sebagai ujian kadangkala
Agar tidak terus berada di zon selesa
Penuhi jiwa dengan kasih sayang sesama manusia



Friday, October 10, 2014

Grown up

Dari kecik sampai besar
Tempat dia disisi aku
Penyebok pon dia
Org suruhan pun dia
Time mood aku baik dia bleh duk tepi aku lelama
Time mood aku tak baik aku marah dia
Hahahha
Itulah kemanisan dalam rumah dan tangga
Dari kecik suka bercerita
Dan aku pula akan setia mendengar
Walau kadang kala masuk telinga kiri keluar telinga kanan
Aku pendengar yg setia sebenarnya
Marilah bercerita
Aku sedia mendengarnya
Aku belajar melalui setiap cerita
Suka mahupun duka
Aku tetap ambil kira
Beluk terlambat rasanya
Untuk aku ucap selamat hari raya
Berkorban lah apa saja demi agama
Yakinlah tuhan kira setiap satunya
Usah ragu dengan janji Dia
Tenang tenang saja
Ganjaran sudah tersedia



Monday, October 6, 2014

#BERIAKUMASA

Maaf kata
Diasak dengan pelbagai cerita
Terlalu banyak tanya
Pun tak kena juga
Nampak seperti terlalu beriya
Mahu ruang dan masa katanya
Aku beri ruang sepenuhnya
Biar semuanya seperti sedia kala
Andai masih perlukan..aku masih ada
Itu saja
Tak diperlukan juga tak mengapa
Semua punya dunia
Tenang tenang saja
Doa semuanya kembali seperti sediakala
Tak ada lebih di mana mana
Cuba sedaya upaya
Mahu lebih sudah tidak berdaya
Maaf kalau banyak yg kurang sempurna
Tak perlu terasa biarpun siapa
Hanya sekadar nukilan untuk aku ungkap segala cerita
Nanti dibaca kemudian masa
Hanya aku yg akan faham cerita disebaliknya
Sambil tersenyum manja
Diperbodohkan oleh rasa dijiwa
Saat hati terasa
Seperti terluka
Hirisan kecil sahaja
Ditabur garam bukit sebutir dua
Pedih terasa berbisa
Tak mengapa
Akan sembuh dengan peredaran masa ;)
#beriakumasa