Monday, October 6, 2014

#BERIAKUMASA

Maaf kata
Diasak dengan pelbagai cerita
Terlalu banyak tanya
Pun tak kena juga
Nampak seperti terlalu beriya
Mahu ruang dan masa katanya
Aku beri ruang sepenuhnya
Biar semuanya seperti sedia kala
Andai masih perlukan..aku masih ada
Itu saja
Tak diperlukan juga tak mengapa
Semua punya dunia
Tenang tenang saja
Doa semuanya kembali seperti sediakala
Tak ada lebih di mana mana
Cuba sedaya upaya
Mahu lebih sudah tidak berdaya
Maaf kalau banyak yg kurang sempurna
Tak perlu terasa biarpun siapa
Hanya sekadar nukilan untuk aku ungkap segala cerita
Nanti dibaca kemudian masa
Hanya aku yg akan faham cerita disebaliknya
Sambil tersenyum manja
Diperbodohkan oleh rasa dijiwa
Saat hati terasa
Seperti terluka
Hirisan kecil sahaja
Ditabur garam bukit sebutir dua
Pedih terasa berbisa
Tak mengapa
Akan sembuh dengan peredaran masa ;)
#beriakumasa


No comments: