Thursday, February 26, 2015

P.A.N.A.S

Sekarang ni musim pemanasan global kan...maka disini sudilah kiranya kita sama sama pesan memesan agar menjaga kesihatan

Haruslah mati itu kerja tuhan tiada penagguhan tapi dengan akal dan kidrat maka jgn serah bulat bulat πŸ˜†

Minum air masak bebanyak sampai urine clean n clear..
Minum takperlu tunggu anda dahaga...sip sip sip 
Hadkan xtvt luar rumah...
Jangan nak pakai blazer sgt lah ni malaysia kowtt πŸ˜† *urusan rasmi pakai batik ok kowt nipis πŸ˜†

Musim ketiak banjir ni payah jugak senanya...takkan kau tak kluar rumah dah kau kena cari nafkah...

Nak minum air banyak sgt pon jalan raya kat malaysia ni sering jam..aku pernah alami tahan kencing dekat sejam setengah seksa tuhan lah tahu kau mana tahu πŸ˜†

Ntah lah pandai pandai la sesuaikan diri...org eskimo pon bleh hidup kowt sejuk beku cmtu πŸ˜†

Jangan mare nanti kena jual...

Tak nak ikut aku pesan takpe tapi ikut la yg najib saran kan πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜„



Tuesday, February 24, 2015

Ziarah kubur

Ntah kenapa kepulangan aku kali ni mak aku ajak pergi lawat orang sakit and ziarah kubur...aku turutkan saja...tidak membantah walau sepatah kata...tak mau jadi anak durhaka kononnya 😌



Selagi punya mereka berbaktilah sepenuh jiwa raga walau sekecil perkara kerna kata nabi redha tuhan adalah dengan redha mereka biar kadang kala banyak silapnya mereka πŸ˜‰

Panahan kasih sayang kedua ibu bapa kadang kala dapat dirasa tanpa kata tak perlu didengar dengan telinga tapi ia tetap sampai ke jiwa itu mungkin keajaibannya 😘😘


After 5 years

Setelah hampir 5 tahun tak guna jalan darat balik kelantan...dek kerna lebihan masa bersisa ku gagahkan utk beritahu ibu bapa aku mau pulang dengan kereta...terdiam mereka seribu bahasa..ntah mengapa...walau ku tahu aku sudah lanjut usia masih dilihat seperti anak remaja 😌

Specials thanks to kak ron and pak ron atas hospitality yg disediakan..tersenyum ibu melihat aku selamat sampai 😁😁

Not bad LPT2 walau macam padang jarak padang terkukur tapi best bentuk muka bumi dan pandangan yg memukau lovely..aku drive sampai tak nak tukar dengan pak ron lulzzz😝






He's married

Dulu ni la teman sepermainan aku...dah beristeri dah...biar kekal selama mana boleh kekal..sama sama pimpin tangan ke syurga..macam mana tu korang punya pasal la aku pun tak tahu caranya lulzzz

Love jyeahh 😘😘








Meet up with Ammar

Bunyi nama ammar mcm seorang lelaki dewasa nononono he's just 6mo lulzzz...

Ada anak kecik ni mmg xtvt agak terbatas and the worst part is nak selfie wefie pon tak sempat...lagi pun diusia senja ni camera fon bukan lah sesuatu kewajipan dah...sekadar record vid sebarang dua thats it...Life is getting better i guess 😘😘

My Ammar 

 

Sempat jugak jumpa cik dah amik keropok lekor sedap

Che dah semakin hari semakin jelita dengan produk kejelitaan apa ntah aku mmg failed bab produk jelita ni

Kalau rasa nak cantik macam che dah bleh la berurusan dengan beliau secara lansung iAllah service yang tidak mengecewakan😜


Android box

Not bad meh

Daripada tak minat tgk tv sekrang dah bleh duk depan tv berjam jam semata nak layan movie...so my unifi will be fully utilize la kot skrg ni..hoho harap tak slow la untuk surfing...so far so good 😌

Nampak macam ada tujuan hidup skrag lulzzz...



Cost:
 android box+air mouse+pemasangan and demo = RM 350 😝

Apa android box ni gugel la aku pun tak reti nak explain 😝

Sehari satu/dua movie je bleh tgk so mmg tak akan sempat nak tgk smua so takpe lah takde astro pown...layan lah movie sampai lebam 😌😌



Monday, February 23, 2015

Brakepad/brakedisk

Cukup tak suka bila kereta bermasalah

Semalam tiba tiba plak balik dari IoI CT break ada bunyi...

Since hari ni masih bercuti so terpaksa p uruskan kereta...takde suami mcm ni la smua aku kena settle sendiri dangg!!

Nasib ada kawan kawan yg membantu hewhewhew...lap u lah..



So harga breakpad rm135 sepasang

Ratakan balik break disk rm90 

Ok la kot tu naaaa



Wednesday, February 11, 2015

Percutian Langkawi

Dipendekkan cerita sebab cerita panjang pon belum tentu korang baca

Percutian dengan orang yg tak dikenali memang sifatnya berbelit kaki payah nak sesuaikan diri tapi redah jugak sebab mmg jenis minat bermain air ni

Dapatlah merasa naik yatch ke natang apa orang panggil nih...bersama gang gang gigolo lulzzz


biasa wanita yang ni ntah spesis dari mana suka betul bergambar

Gaya Artist


Interior dalam kapal..semoga panjang umur pemiliknya yang bermurah hati


Scandal terang terangan


coke pon boleh mabuk





bersama kelasi










Gagah perkasa kak ron urat semua timbul marah barangkali skandal kat sebelah lulzz


Jejaka kacak yang menemani