Monday, April 27, 2015

Dia bukan aku

Tiada manusia tak ada masalah
Muka nampak gah
Bukan berarti dia bebas masalah
Dalam diam dia pendam
Dalam bersuara dia sorok derita
Dalam ketawa dia memendam hiba
Dalam lembut, aib dia tutup
Dalam keras sentiasa jaga tanda aras
Apa masih ada sosok tubuh sebegitu rupa?
Ya
Dia yang menjaga hubungan dengan pencipta
Dia yang bangun sepertiga malam saat yang lain masih terlena
Dia yang sentiasa menjaga kata agar yang lain tidak terluka
Dia yg menutup aib manusia
Dia yang menjaga gaulannya
Dia yg menjaga kehormatan diri dan pasangannya
Dia yang tiada riak dan sombong dalam hatinya
Dia yang tak pernah menunjuk hebat di hadapan manusia
Dia yang menjaga kasih sesama manusia
Dia yang sering berkata
Masalah bertimpa hanya ujian dari tuhan yang begitu mengasihi hamba
Agar tak pernah sesaat melupakanNya
Lalu tersenyum tanda redha
Andai di ambil nyawa dia bersedia bertemu tuhannya
Jadilah dia yang dikatakan dia
Selama mana bergelar manusia
Pasti masalah bertimpa
Usah dihitung solusinya
Usah penat dengan seribu satu gaya usaha 
Usah hilang daya
Usah bosan meminta
Usah lelah berdoa
Jangan ditanya sampai bila
Mati penutup segalanya
Tenanglah wahai jiwa
Tuhan sifatNya ada
Satu DIA tak ada dua mahupun tiga
Tiada DIA tiada lainnya


-AKU BUKAN DIA-



No comments: