Tuesday, June 30, 2015

Bumi barokah

Niat mahu buka bicara tanda hormat dan kasih sesama manusia rupanya hanya mengundang air mata..maaf aku tak sengaja tapi buatkan aku berfikir lebih sedikit dari hari hari biasa...betapa bertuah kita

Perbualan dengan kakak cleaner dari jawa bermula

Aku : kak, raya nanti balik kampung ke?
Akak: tak balik dik duit belum cukup nak beli tiket..tiket mahal..duit cukup utk hantar ke kampung buat anak beli baju lebaran saje
Aku : oooo akak dah berapa lama tak balik kampung
Akak : nada tersekat "5 tahun dah tak balik"
**sambil pandang aku dengan pandangan pilu berkaca mata

Bersyukurlah dilahirkan dibumi bertuah walau seringkali bertelingkah dengan pemerintah tapi masih berpijak dibumi bertuah penuh barokah



Sunday, June 28, 2015

Terlajak sahur padan muka

Keadaan paling haru bulan puasa bila kau dah plan nak sediakan juadah sahur yg agak luat biasa daripada biasa biasa..sebab biasanya ko bgn 20 minit sebelum azan subuh ko togok air dan telan kurma dengan bijik sekali je...tapi malam sebelum kejadian kau plan nak masak ala2 mat saleh celop...english brrakfast katanya..

Sekali kau tersedar dengan berkobar nak masuk dapur tgk jam dah pukul 5.45am...menangisss tak berlagu..bijik kurma pon ko dah tak sempat nak telan..

Mujur lah di hati kejadian adalah hari cuti..kalau tak mahu meroyan aku dibuatnya..lepas solat subuh terus hempap badan ke katil sambung tdo sampai kul 11am...bangun kul 11am teman kakak aku p beli baju raya..by 1pm dah sampai balik umah bukan apa takut diserang  dahaga yg melampau...

Mengangkang depan TV layan andorid box je lah jawabnya...nak tunggu lagi 6 jam baru bleh minum air...

Sebelum masuk jamban ko sempat lagi jeling dalam peti tgk hotdog tergolek air sebalang aduhhhhh sakitnya tuh disiniiiiii πŸ˜“


Wednesday, June 24, 2015

Baby pari bakar

Kasih bapak sepanjang masa ni la dia...tp biarlah kasih bapak bawa ke syurga jugak tak kan mak sorang je ke syurga kikikiki....

Makanan laut mcm ni biasanya akan disediakan oleh bapak saya...dia mmg particular bab bab kesucian makanan laut pastikan semua insang ke tulang ke segala jadah la harus bersih dan tiada bau sbb anak anak dia tak akan makan benda yg pelik rupa dan baunya lulzzz...


Maka ni la hasilnya..dia dah marinate semua tinggal bakar atas pan jew...dah siap mcm ni pun kadang2 ada jugak time we all tak nak bawak balik kl lulzzz...pemalah punya anak so hari tu dia datang bawak siap siap n frozen senyap2...smlm kerobek freezer jumpa ni dan masak wahhh sodappp aihhhh

Thanks dad u da great


Monday, June 22, 2015

He is my superhero

Belum jumpa superhero, so for now he is still my number 1 superhero...yang melindungi puterinya dalam setiap waktu...moga tuhan berikan segala kebaikan buat dirinya..sebatang tubuh yg semakin di mamah usia..entah berapa lama masa bersisa...

Terima kasih tuhan buat pinjaman berharga.. selama 32 tahun dipinjamkan seorang bapa..yang mencitai aku sepenuh jiwa raga..yang ntah tinggal berapa lama lagi utk aku mampu tatap wajah tua dia..ya allah ampunkan segala dosanya..berkati hidupnya..andai kau ambil nyawànya ambillah dengan keadaan yang paling sempurna ...aamiin



Tuesday, June 16, 2015

16062015

Sudah semakin sarat usia
Tiada apa yg boleh di banggakan
Aku hanya aku sejak dari dulu
Segala ucapan harus di lontarkan kepada ibu
Kerana sehingga hari ini dia masih diberikan usia utk doakan aku
Setiap kali aku meminta hadiah hari lahir jawapannya hanya satu
"Doaku"...
Terima kasih utk itu
Yang tak mungkin lagi aku peroleh selepas tiadanya kamu
Panahannya tak pernah tersasar sejak dari dulu
Semoa Allah berikan segala kebaikan buat ibuku

Mereka syurga

Tidak lupa utk ucapan jutaan Terima kasih buat sahabat yang sentiasa mencintai aku..seperti sering aku beritahu..kalian sentiasa nombor satu dihatiku selepas tuhan dan rasul..keluarga dan sahabat sudah bersatu dengan jasadku...sakit kamu sakit aku...terima kasih buat setiap ucapan di hari lahirku...aku doakan kalian dilimpahkan dengan kasih sayang dan diberkati segala amalan..semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kalian...sungguh aku sayang kalian walau jarang aku zahirkan 😍😍

Terima kasih buat cebisan masa yang kalian kongsikan..tak terbalas oleh daku dengan kata kata...uols adalah yg terbaik antara yang terbaik...aku mahu bersama kalian sehingga hembusan nafas yang terakhirr...

Setiap patah kata yang lahir dalam setiap ucapan kalian mahu sahaja aku simpan dan baca berulang ulang sambil tersenyum sendirian...punya sahabat yg penuh dengan rasa cinta buatkan aku sering rasa bahagia...terima kasih buat segalanya...terima kasih buat ingatan yang ada...terima kasih buat kasih dan cinta...izinkan aku berkasih dan bercinta dengan kalian sampai tua
Dalam brutal masih halus di jiwa
Thanks da...siap dengan belon lagi...ida mmg suka buat kejutan i loike ;p


orang tengah sedap...
Thanks we..much love jyeahh

Aamiin ma...
Aamiin Aamiin Allhumma Aamiin...
Thanks Kepah...terima kasih juga utk suprise yg tak kesampaian...percayalah saya sudah menghargainya sebelum ianya direalisasikan :)
Boleh perbaiki lagi hasil seni ...blajar color contrast dengan suami suatu hari nanti ;p
Dengar cite ni pon guna phone pinjam...terima kasih utk effort anda saya hargai sampai mati..hari lahir tahun ini boleh la mintak phone yg tinggi resolusi dan canggih teknologi ;p
Dia pun nak jugak...ok saya terharu dengan hasil seni anda yang sememangnya penuh seni...
Terima kasih kerna blurkan bahagian tubuh yang berlebihan kandungan lemak...

Kak ron and abg ron ni sepertinya mereka suami isteri ada buat pertandingan sapa yg edit gambar paling cantik...dengarnya siap ada kritikan dari pihak lawan...anyway thanks buat parents angkat yg sentiasa angkut kemana sahaja tempat berhibur dan jemputan makan malam..semoga kalian berbahagia selama mana dizinkan utk bahagia moga moga biar selamanya sampai bila bila selama berpaksikan agama..

Sungguh Aku sayang semua tidak terkecuali walau satunya 😘😘

Segala yang dari hati panahannya tepat ke hati 

Yours Truly,
-elinamalek-
160615








Monday, June 15, 2015

IM4U

Penutup acara merembeskan peluh sebelum masuknya ramadhon



Sunday, June 14, 2015

Sahabat

Now i know why

Aku suka berkawan sbb mak bapak aku pun suka berkawan...lulzzz


Kawan lama bila tak jumpa akan hilang segala dendam dan sengketa yang ada hanya rasa kasih dan cinta itu pun kalau punya sekeping hati yang penuh rasa cinta...kalau hati busuk riak wajah pun akan nampak busuk hanyir...lulzzzz

Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya


Gambar sekadar hiasan tak de kena mengena hidup ke mati ke koma ke...

Yang elok amik iktibar yg jahat sila bakar


Aku mahu bila tua nanti aku masih mampu memeluk erat sahabatku dan bisikkan ke telinganya "ini yang aku impikan puluhan tahun dahulu" ...kalau aku tak kena alzheimer moga moga aku mampu lakukannya πŸ˜†




Friday, June 12, 2015

Gempa Gempita

Gempa demi gempa
Dari yg kecil hingga besar skala richter
Manusia sering alpa
Didatangkan pelbagai bencana
Mampu terkena pada sesiapa sahaja
Orang baik atau sebaliknya
Ini kasih sayang DIA
Jangan pernah pertikaikannya
Ada yang kata ini amukan sang dewa
Setiapnya pelbagai yg dipercaya
Mereka dan kita mungkin ada beza
Tapi semuanya ajar yang baik saja
Kenapa melawan aturan 
Tertarik dgn satu article
Bumi sudah terlalu tua 
Semakin membongkok menahan bebanan
Tunggu masa untuk digulungkan
Doakan buat mereka yg ditimpa musibah semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan

Salam Jumaat 





Thursday, June 11, 2015

Tunggangan Aku

Seharian

Naik melugai aku dibuatnya

Brake ni dah dekat setengah tahun dah masih tak jumpa punca apa lagi penyelesaiannya...dah 3 workshop aku hantar...semua duk sebok skim disc...hari ni bawak mai produa pun nampak macam takde solusi...foreman dah merengus tak jumpa asbab brake aku keluarkan bunyi nyaring dan bergesel...dah acane tu...aku nak p hantar mana laginya kete aku kalau specialist pun tak leh settle lulzzzz...myvi je kot kete aku bukan kete dr planet marikh..dah produa takleh selesaikan masalah aku mana lagi aku nak hantar?? πŸ˜†πŸ˜†

Bahana tak menikah ni salah satunya lah...semua ko kena urus sendiri...lebih lagi yg libatkan masalah kete..mencikkk...kluar masuk pusat serivce kluar masuk workshop...bufffff

Ni kul dua...

Nah tgu sampai kul 4 masih menunggu

Patutnya half day cuti terpaksa bawak ke full day..rugi cuti aku tahu...nak holiday macam mana nyaaa πŸ˜‚πŸ˜‚


Chenta Hati Beta

Biar di tabur berlian dan marjan aku masih memilih mereka utk bahagia...

Biar ada yang kata wang punca bahagia aku masih percaya mereka punca segala kebahagian yg aku ada

Biar berbagai cerita orang kata akan mereka bagi aku mereka tetap nyawa

Biar apa pun terjadi antara kita hati aku tetap mencintai mereka 

Mereka mengajar aku arti chenta...bukan utk diluahkan dengan kata tapi utk di serap dalam setiap pembuluh darah dan denyut nadi seorang hamba...melihat mereka sudah merasa bahagia walau tanpa bicara itu sebenar cinta...pelihara setiap rasa sampai akhir nyawa

Andai tertusuk mata pedang, aku mahu berada di baris hadapan, biar tubuhku sebagai penghadang, bukan utk menjadi badang, tapi tak mahu mereka hilang....

Wahai tuhan yang maha lemah lembut berlemah lembut lah dengan segala ujian yg kau campakkan pada mereka 




Monday, June 8, 2015

Selamat Pengantin Baru Kak Fizah

Selesai lagi satu majlis perkahwinan sahabat setelah beberapa tahun tak de majlis kahwin antara kami..wah jaraknya mmg bleh tahan jauhnya...lina mimi ima dan kak fizah begitulah aturannya barangkali..

Kak fizah dan abg shauqi (suka hatilah nama nak bagi), semoga berbahagia selama mana diizinkan utk bahagia moga moga biar berpimpin tangan ke syurga itu idaman setiap kita...jodoh dunia yg bawa ke syurga selama mana hubungan berpaksikan agama fillah abadan abada begitulah hendaknya...

Alhamdulillah diizinkan tuhan utk menghadiri hari bahagia mereka bukanlah berharap utk dihadiri majlis bahagia aku cuma andai terima berita aku sudah  dikembalikan kepada pencipta sekurang2 panjatkan sepatah dua doa itu saja aku pinta kerna tak mungkin ada yg lebih berharga yg harus diminta selain doa dari sahabat seagama iAllah panahannya tepat ke jiwa tiada hijab di antaranya 😊


Semoga berbahagia lah kak fizah di samping suami terchenta dipercepatkan mendapat zuriat...pulun kak fizah oiii dah senja dah tu luzzz...gurau2 saja..

Dapat bersama sahabat dalam janga masa singkat buatkan hilang segala lelah penat...terima kasih tuhan buat pinjaman sahabat


Sahabat mmg sifatnya gila..tapi kalau tak ada mereka kau pulak yg gila..so terima seadanya atas dasar cinta..selama dipinjamkam usia...sebelum diambil satu dua mahupun tiga empatnya...ada mereka tak lama...pergi mereka bila2 masa...pinjaman berharga selepas keluarga...hilang mereka belum tentu ada gantinya...biar sampai tua andai dipanjangkan usia...masih mahu aku baca kisah kita...ini cerita kita...biar mati pemisahnya cerita kita di dunia...biar ada sambungannta di sana kita doa yg baik baik saja πŸ˜€πŸ˜€


Andai ada yg terguris tolong maafkan andai ada yg terasa tolong buangkan segera andai ada benci dan iri tolong padam segera, hidup ini dah tak lama, entah esok entah lusa, limpahkan hati dengan rasa cinta kerna itu asal bahagia ☺☺

Aku sayang semua ikhlas dari sekeping hati yang hina πŸ˜€πŸ˜€

-Aku bukan penulis sejati, tapi jika diizinkan Ilahi, aku mahu menulis sampai mati- 

060615




Gang Lepat 060615

Dia sahabat
Jumpa mereka rasa nikmat
Lihat mereka tubuh hilang penat
Gelak ketawa mereka di setiap sudut
Biar dipinjamkan lagi usia utk mengukir senyuman yg tak akan reput
Selama nadi masih berdenyut
Sayang mereka tak ada tarikh luput
Pemisahnya adalah maut


Wednesday, June 3, 2015

Alkisah

Inilah dia alkisahnya ruangan blog dilimpah dengan sampah hari ini...PC aku problem...graphic card rosak ke apa ntah...makanya disinilah ruangannya utk aku kongsikan sedikit cerita yg bukan cerita...berpesan pesan dengan pesanan pada diri sendiri...




Sekeping hati

Hati banyak ragamnya
Setiap saat boleh berubah apa hendaknya
Berubah ubah dengan mudah dari gembira bertukar gundah
Itulah dia sekeping hati
Baik isinya baiklah segala
Kelam isinya terlihat dan terbaulah dari luarannya
Didik hati untuk diperbaiki
Buang sombong dan meninggi diri
Sesekali terima kelemahan diri
Sesekali sedarlah bahawa dosa lebih banyak menyelubungi diri 
Saat diuji yakinlah tuhan sedang didik hati
Mengadulah dengan yg maha mendengar yang tak penah jemu tak pernah tidur 
Siap sedia mendengar rintihan hamba



DIDIK HATI SEBELUM MATI




Membantu pasti dibantu

Ada yg kata berhati hati
Bagi aku sekali membantu bersedialah utk terima caci maki dr empunya diri
Manusia sifatnya lupa diri
Lagikan pencipta yg jelas jadikan dia pun dia lupa ini kan pula kita manusia yg hina dina penuh cacat cela masakan dia tak lupa...

Pasti berkata ia sering terjadi pada diri..bagi bunga najis diberi..seringkali terjadi...

Cerita sama terjadi di kedai makan bila org buta dtg jual tissue..kau bagi seringgit dapat tissue..kau bagi 10 ringgit pun dpt tissue..kau nak tissue kau dpt tissue la...sedangkan disebalik setiap kebaikan sudah tercatat 1001 kebaikan malah tak terhitung dek akal fikiran..dengan syarat saat membantu sudah serah segala demi Illahi

Akhir ini banyak bercakap tentang Illahi..bukan kerna alimnya diri..cuma semakin yakin bahwa letak harapan pada manusia sia sia...tinggal cerita..tp saat letak harapan pada tuhan segalanya jadi indah tiada gundah hati tenang jiwa tiada resah..

Terima kasih Tuhan beri aku peluang



Jangan Penatkan Aku

Tuhan jangan penatkan aku
Aku mahu ada saat perlu
Bukan utk jadi nombor satu
Cuma aku mahu kamu tenang dengan aku
Selagi dipinjamkan nyawa aku mahu kamu tahu
Aku sentiasa ada untuk kamu
Mahu bahagiakan pemegang kunci syurga, keluarga dan sahabatku
Biar aku mati tak dikenang kebaikanku
Tapi jangan pernah sepikan kuburanku
Aku perlu doa kamu

-Hamba Sarat dosa-



REZEKI

Rezeki itu milik Allah
Seringkali manusia menyangkal dengan berperasaan rezeki itu dari tangan manusia
Manusia hanya perantara
Dimana tuhan tunjukkan cara dan bagaimana
Ditarik satu rezeki semoga diberikan yg lainnya dari jalan yg tak disangka manusia
Manusia kurang akalnya
Sering salah tafsir ketentuan pencipta
Menyalahkan manusia walhal ini sudah dalam ketentuanNya
Yakin dengan DiA tanpa ragu walau sedikitnya
Kadangkala sedikit ikhtiarnya tp banyak pulangannya
Kadangkala banyak ikhtiarnya tapi sedikit pulangannya
Kerja DiA kita hanya hamba

P.S : Kita tak mampu buat kerja agama tapi kita mampu infaqkan harta..itulah sebenar benar simpanan harta..berjual belilah dengan Allah nescaya tak akan rugi..itu janji DIA bukan manusia 😊😊