Friday, August 21, 2015

Hina seorang hamba

Kadang kala saat hati penuh dengan rasa  kurang selesa yg ntah apa dan dari mana datangnya cubalah cari jalan utk cari 'kehinaan' diri

Kadang kala yg serabutkan kepala bukan sekeliling kita tapi dari dalam jiwa...kerna kita lebih suka salahkan dia dia dia dan mereka sampai lupa kita juga banyak cacat cela...saat sudah ketemu kehinaan diri saat itu baru dapat rasa arti kemuliaan yg telah lama hilang

Jangan mudah menuding kesalahan org tapi banyakkan koreksi diri sendiri

Jumaat sepi
Jadikan hari ini terapi
Jadikan hari ini hari koreksi diri

-Pendosa Tegar-


Thursday, August 13, 2015

Laki orang ke bini syaiton

Laki org bersenggama dgn bini orang dan sebaliknya ni cite lama

Perempuan/lelaki bujang bersenggama dengan suami/laki org juga cerita lama

Jangan harap lah nak bahagia...tak payah nak mengidam dpt pasangan membahagiakan malah mungkin mencelakakan

Bersyukurlah Tuhan belum aibkan kita didunia..tak kena tangkap berzina 

Kalau rasa hebat terus lah berbuat perkara laknat

Cerita akhirat benda tak nampak...cerita dunia baru terbeliak

Tunggu masa Tuhan aibkan tak pun Tuhan ulang tayang perbuatan kita kepada keturunan, masa tu baru tak keruan

Berpesan sebagai ahli maksiat...
kalau ahli ibadat pasti ada dalil beserta firman Robbul Jalil 😊😊

Takot diaibkan/dilaknat di dunia je...tak kena tak pe...

Aku nak sebok rumah tangga org kenapa aku pun aurat tak jaga??
--Sebab aku cakna..sayang saudara...tak rugi apa...untung pun tak ada...belum tentu syurga...neraka nampak ada gaya




Wednesday, August 12, 2015

Singgang Warisan

Dah lama dah mengidam nak makan nasi dagang n nasi minyak terengganu ni...raya hari tu siap p KT lagi nak cari nasi dagang tapi sayang seribu kali sayang kedai yg menjadi idaman belum lagi memulakan perniagaan...maka sasaran kami adalah roomservice dan kedai siam sajork lah...

Nak di jadikan cerita lately ni aku n EJ dah tukar taste pulak...dari makanan siam beralih ke mamak...so mamak yg nampak bersih skit area SK ni adalah ad-dhuha...nama pun dah sedap kan...tiap tiap kali p ad dhuha aku akan melalui kedai "Singgang Warisan" ni...tp selalu malam nampak sunyi je so tak terasa pon nak singgah...

Satu pagi yg hening aku bosan kat ofis aku try la google kedai ni apa menunya...tudiaaa aihhh ada masakan pantao timur (terengganu) so apa lagi ajak la EJ terjah...malam ni lepas maghrib kami pun terjah lah...dalam hati kalau tak sedap lompat p makan dhuha hahaha...

Seriously food dia mmg sedap...

Price yang berpatutan

Nasi dagang ia memang sodappp...kasi 4.5 star

Nasi minyak Gulai Daging pun sedap cuma daging dia je keras skit...masih bleh bagi 4 star rating hoho...

 Nah kopok lekor pon sodap ikan rasa ikan bukan rasa tepung...terbaikkk

Tengok la price dia not bad kan...hurmmm lovin' it...

Lepas ni kalau mengidam bleh la terjah lagi kott...

Haaaa tengok kertas putih tu menu sarapan dia perghhh meleleh air lioq...kikiki nanti we all nak try breakfast plak...dia beroperasi mula 7.30 pagi so weekedn bleh la mai try

Nah alamat and contact number...nak tempah le apa bleh la contact melalui mana mana channel yg korang suka

Tu dia wajah gembira kakak aku...tahu lah orang gganu...suka sgt lah dia makanan gganu...

Dah...kenyang membuntai nak tidooo


Wednesday, August 5, 2015

SMS content services - received

Slama ni aku tak pernah check bill...kali ni terasa nak check pulak...rupanya slama ni celcom charge aku service yg aku sendiri pun tak tahu apa kemendanya ia...rupanya aku dah bayar hampir ratusan ringgit dah utk "sms contect service" ni...sebenarnya kita sumbscribe tanpa disedari biasanya melalui download, sms, website etc...so hati2 lah eh..

Aku pun check la dgn celcom so dia ajar aku mcm mana nak stop semua sms tu n pada masa yg sama nak stop that application...so uols bleh la sms ke nombor tertera dibawah dengan menaip "STOP ALL"

HARAP MENJADILAH...

we see how next month punya bill 



Tuesday, August 4, 2015

SATU

Mencari tapi sudah ada depan mata
Bahagia datang bukan dengan berdua 
Datang dia dalam pelbagai cara
Usah gopoh dalam urusan yg sudah ditetapkan
Ditangguhkan pasti bersebab
Dipercepatkan juga pasti bersebab
Dia tahu melebihi apa yg kita rasa






Sod Ba Ro

Tenang tenang saja...tak perlu gundah gulana...biar dibenci diherdik manusia....tak perlu simpan lama lama..usah penuhkan cakera dengan sesuatu yg tidak berguna...

Aku maafkan tapi tak mudah untuk dilupakan

Harus sentiasa bersiap siaga utk di injak buat kali kedua tiga dan seterusnya ✌️✌





Syawal 19 1436

Mungkin dia tak sempurna
Tapi sudah terlalu sempurna buat aku
Tak pernah berlapar dahaga kalau dia ada
Sakit aku pastinya mengiris segala kulit yang ada pada tubuhnya
Marahnya tak ada guriskan hati
Segalanya mahu aku punya jati diri
Siang malam doa jangan henti
Buat insan yang dimuliakan Illahi
Ibu



Tahniat buat para ibu
Jadi ibu yang diredhai Illahi
Jadi yg terbaik buat putera puteri
Didik mereka dengan ketelusan hati
Biar miskin harta jangan miskin ilmu
Biar kaya ilmu jangan miskin budi

P.s: Buat yg sudah tiada , doakan itu senjata paling berharga...