Monday, March 28, 2016

Debu sekati

5 tahun dah kot xpernah sekali pun cuci filter aircond bilik aku...patut lah dah setahun kebelakangan ni lambat sejuk..xrasa angin ac pon...

Malam ni aku rasa nak tgk filter...torkojot beruk den...bapak tebalnya habook...lepas cuci terus rasa angin fiu fiu bertiup

Psst korang cuci filter ac setahun 5 kali ke? Kalau tak Ce try bukak tgk hewhewhew



Tuesday, March 15, 2016

Terlalu istimewa

Ibu itu terlalu istimewa...
Yang lebih istimewa adalah doa mereka..
Tetiba teringat kat bonda..

Semalam mak aku call bertanya khabar..pesanannya minum air banyak2 sekarang ni kan musim kemarau..

Kasih kepada anak tak pernah pudar tak pernah ada noktah..buatkan aku terdiam seribu bahasa..sebak didada..terima kasih tuhan kerna menganugerahiku seorang ibu mulia yang penuh dengan rasa cinta..entah berapa lama...masa yang ada..untuk dia terus bertanya khabar dan berita..untuk aku terus berkongsi gembira dan derita...

Sungguh aku kata

Ibu anugerah tidak terhingga buat kita semua

Hargai saat nyawanya masih bersatu dengan jasadnya..

Satu masa pasti akan dirindui segalanya yang ada padanya



Friday, March 11, 2016

Ujian menimpa

Saat diuji tu sebenarnya peringatan dari sang pencipta

Saat diuji itu sebenarnya kafarah dosa

Saat diuji itu sebenarnya cinta allah pada kita

Saat diuji itu sebenarnya untuk kita ukur sejauh mana redha kita

Saat diuji itu bukan saat untu kita salahkan sesiapa termasuk pencipta

Saat diuji itu buatkan pemikiran dan emosi lebih dewasa

Terima ujian dengan hati dan pemikiran yang terbuka biar seberat mana

Jangan pernah jauh dari sang pencipta

Dia yang sentiasa ada biar dimana biar bila masa

Lihat balik bagaimana hubungan kita dengan DIA dan MANUSIA

Peringatan buat diri yang hina..





Friday, March 4, 2016

Lepas satu bukan dua

Lepas satu, satu 

Balik KL, nak start kete nak p makan tetiba xleh start..huk aloh...dah la masa tu dah kul 830malam..takpe la pape pun kluar makan dulu..perut harus lah di isi dulu..

Memikirkan aku dah EL 3 hari rasa bersalah plak nak EL lagi jumaat..

Cadangannya jumaat aku p anta ej keje and aku p la mana2 workshop suh pomen dtg umah..pikir punya pikir takkan nak el lagi..pastu ada ke pomen nak tgl kedai nak dtg tgk kete aku..payah takde laki ni tahu..

Sudah makan balik rumah sambil tergolek Allah datangkan ilham..google search la ada tak perkhidmatan tukar bateri kereta..wah terus jumpa "BATERIKU.COM"...WASAP je terus dia reply..
Ok company ni mmg cekap secekap cekapnya..operasi bermula 8.30am-11.00pm

Aku call kul 1015pm kul 1030pm dah sampai depan rumah..alhamdulillah mmg bateri dah kong tanpa amaran..

Yang lagi best bateriku ni charge harga beteri aje..super cool..yg lagi cool.dia bleh dtg tempat kejadian ..or maybe aku je teruja lebih..maybe perkhidmatan camni dah lama wujud kot..mana aku tahuu..

Ahmad bateri tak secekap bateriku..suruh aku call esok pagi..lambat tahu..org sekrang semua nak cepat..

Betul la kata kak phac "tak payah ada laki janji ada fulus" ... mengesot bucu katil dgn air mata bercucuran 

Janji ada Allah itu yang sebenarnya kan..

Walawehhh...so hari ni masuk office dengan gumbiranya..thanks semuanyahh

Oh harga bateri sel kering hanyalah rm190...itu je yang aku bayar kat brother bateriku 



Opa admitted

Sedih..pertama kali seusia yang diingati...bukan opa yang menjemput kami seperti kebiasaannya selama ini..hati kecil sedikit sayu..perlahan2 diambil kudrat insan yang dikasihi..semoga sentiasa dalam barokah dan kasih sayang Illahi..

Denggi..
Pembunuh masa kini..

Alhamdulillah ayah dan sihat walau tak seperti sediakala..Allah jentik sedikit diberikan sedikit kekalutan tapi masih dimudahkan segala urusan..hebat sungguh percaturan sang pencipta..

Terharu rasa hari ketibaan kami smua..tangganku dipegang tak dilepaskan buat beberapa ketika..rindu seorang ayah barangkalinya..

Terima kasih buat saudara dan sahabt semuanya..datang melawat beserta ubatan turut dibawa..semoga Allah melipat ganda balasanNya buat kalian semua..

Berlapang dadalah dalam segala ujian yang didatangkan..ujian sebagai peringatan buat yang sering hidup dalam kelalaian..

Aku sayang semuanya kerana Allah taala..