Friday, March 4, 2016

Opa admitted

Sedih..pertama kali seusia yang diingati...bukan opa yang menjemput kami seperti kebiasaannya selama ini..hati kecil sedikit sayu..perlahan2 diambil kudrat insan yang dikasihi..semoga sentiasa dalam barokah dan kasih sayang Illahi..

Denggi..
Pembunuh masa kini..

Alhamdulillah ayah dan sihat walau tak seperti sediakala..Allah jentik sedikit diberikan sedikit kekalutan tapi masih dimudahkan segala urusan..hebat sungguh percaturan sang pencipta..

Terharu rasa hari ketibaan kami smua..tangganku dipegang tak dilepaskan buat beberapa ketika..rindu seorang ayah barangkalinya..

Terima kasih buat saudara dan sahabt semuanya..datang melawat beserta ubatan turut dibawa..semoga Allah melipat ganda balasanNya buat kalian semua..

Berlapang dadalah dalam segala ujian yang didatangkan..ujian sebagai peringatan buat yang sering hidup dalam kelalaian..

Aku sayang semuanya kerana Allah taala..



1 comment:

mrsRons said...

Berselfie bagai korg eh.. noga sentiasa sejahtera opa malek