Thursday, July 27, 2017

Lupa siapa aku

Kadang aku kira hati aku je yang terguris aku tak pikir hati orang pon

Kadang aku nampak salah orang je aku tak nampak salah aku

Kadang aku kira terasa aku je aku tak kisah terasa orang

Kadang aku main assume je tanpa usul periksa dan aku buat konklusi sendiri yang banyak tersasar dari realiti itu yang buat aku selalu sakit hati

Aku jarang muhasabah diri

Aku jarang tanya orang mana salah silap aku which aku tak hingin pon nak tahu sebab ego aku tinggi melangit

Andai orang bagitahu mana salah silap aku pun mesti aku cuba cari salah yang memberitahu

Aku manusia hina dina yang diselubungi dosa yang sering bersangka sangka membabi buta

Bencilah aku seadanya

Maafi aku selebihnya

Jangan sampai aku lupa aku hanya hamba kepada sang pencipta

semoga sentiasa terpupuk rasa kasih dan cinta dalam diri sehingga akhir nyawa



Wednesday, July 26, 2017

Nasi Goreng

Nasi goreng rm20 kalau makan mamak paling mahal pon rm10 kan...hurmmm nasibbb tak berapa baik sapa suh order nasi goreng 😆

Kedai makan pyramid ni lunch hour mcm ni biasanya akan full so yg tinggal kedai2 mcm ni je lah...yang harga tak setimpal dengan rasa 

Hidup ni pilihan masih boleh tentukan...Kalau salah pilih sekalipun sentiasa ada jalan kerana itu hanyalah ujian bukan penghujung sebuah kehidupan

So aku nak cite pasal nasi goreng ke pasal kehidupan sebenarnya ni

Nak hidup kena lah makan so itulah kaitan

peace jyeahhh



Chivers

Ni semua pengaruh rakan sekerja

Tujuan utama beli ni sbb nak kopi dia je..nak beli sebotol RM27 rasa cam tak berbaloi...so kita cuba 10sachet percuma ni dulu..

Alang2 dah beli jem strawberry hari ni terpaksa bawak bekal roti dengan jam..biasanya makan jam atas jalan raya jew...

ok lame joke 🙄

Semua ni RM9.49 sahaja  beli atla cold storage 😉 Dapat jem strawberry yg sedap dan kofi yg aroma menyengat



Sunday, July 23, 2017

Terik Belikat

Seharian kerja di hari ahad ,berdiri mcm nak seliuh belikat maka ni habuannya menghilangkan penat...

NIKMAT 😆



Itik gembo gembo

Minat dia minat kita pasti ada beza

Suka tak suka kita punya suka dia punya suka

Tunjuk gembira nanti ada yang kata riak pula

Tunjuk derita orang kata buka aib pula

Tunjuk ada nanti katanya untungla kaya

Semuanya ada yang tak kena dengan kita

Benci sentiasa ada di mana mana

Di jentik pun tak pernah kadangnya

Nama nya manusia

Serba tak kena dengan yang lainnya

Sampai bila?

Sampai hujung nyawa rugi la rasanya

Bersangka sangka terus selamanya

Hiduplah dengan kita kita dia dia

Jangan di campur adukkan urusan semua

Cara kita dan mereka pasti ada beza

Dalam rumah tangga juga di satukan dua isi kepala yang sukar untuk dipersetejui segalanya

Samalah dengan yang diluar sana

*Gambar sekadar hiasan saja*

Belajar mentafsir dengan fikiran orang dewasa bukan dungu mengikut hawa nafsu semata



Kopi Likat 😉

Ni bukan tempat minum kopi yg sedap dan kopi bukan sepatutnya jd minuman takot lekat

Makan sorang2 tu dah sebahagian lumrah kehidupan jangan pandang kesian 😆



Friday, July 21, 2017

Mawar Berduri



Sepertinya tidak seperti yg dijangka...maaf jika sangkaan dan jangkaan ku benar belaka aku juga tiada daya...juga maafkan aku kalau aku salah mentafsirnya

Biar apapun dan bagaimanapun aku mahu semuanya bahagia seperti apa mahunya kita biar dalam bermuka biar dalam lontaran kata dan bahasa

Nanti bila tiba masanya aku berhenti menukilkan segala seperti mana yang pernah aku kata aku mahu menulis sehingga tertutup mata terkaku bicara hilang sudah daya sepetinya aku hilang arah apa lagi yang mahu aku nukilkan sedangkan semuanya adalah ilusi dan rekaan belaka 

Aku terpanah dengan satu kata
Aku terkesima dengan satu bahasa
Aku hilang di tengah tengah lautan manusia
Aku sedar aku tak sempurna maka tak selayaknya aku di bawa bersama 
Aku juga tak mampu menafsirkannya seperti pernah aku tafsirkannya dulu kala

Sepertinya tafsiranku dusta belaka
Aku sudah tidak menjumpai puncanya
Maafkan aku ya 
Aku akan terus 'meminta' untuk dikekalkan rasa cinta dan sentiasa punya rasa untuk berbaik sangka dengna manusia walau aku sering tewas dengan rapuhnya jiwa 

Salam sayang buat semua


Tafsirlah dalam apa bahasa yang ingin ditafsirkan nya

Semua punya hak untuk mentafsirkan dan punya hak untuk bicara 

Punya hak untuk 'rasa' juga


Aku sentiasa di sini tak kemana sehingga hujung nyawa sehingga di khabarkan sudah berpisah antara jasad dan nyawa 


Sunday, June 18, 2017

16 June 2017

Seperti biasa ulang tahun ku tak mengharapkan apa apa di penghujung usia...apa pun merasa gembira dengan ucapan di laman sesawang dari kawan rakan taulan yg mengenali diri ini mahupun hanya berada di alam mayas semata...dalam ramai2 yg tak berapa ramai ucapan yg aku terima ada satu susuk yg sering berikan aku ucapan saban tahun buat kan aku merasa hiba..dia mantan lecturer ku puluhan tahun sebelumnya ...aku merasakan cinta dan kasih sayang dari dia...semoga doanya tuhan kabulkan buat diriku yang hina dina..semoga dikembalikan segala kebaikan buat dirinya dan keluarganya


Ada lagi kisah yang lebih luar biasa buat sambutan hari lahirku dari manusia2 yang aku cinta, yang tak pernah jemu utk membahagiakan di hari kelahiranku saban tahun..yang sudah bertahun juga aku tak mampu membalas setiap kebaikan dan perhatian mereka ... sungguh aku sering kecundang dalam membalas kebaikan manusia...hanya doa agar tuhan berikan kasih sayang nya buat kalian di atas setiap zarah kebaikan yang kalian lakukan..


Masa dan tenaga kalian semoga hanya Allah menjadi saksi atas setiap satunya setiap rasa cinta dan kasih sayang yang kalian curahkan..


Tiada terima kasih yang mampu aku ungkapkan...tiada rasa cinta yang setanding untuk aku khabarkan...betapa aku bersyukur tuhan datangkan pinjaman insan2 seperti kalian..dalam kejahatan yang sering aku lakukan masih dihadirkan mereka untuk terus menebarkan kasih sayang...


Sungguh...Kalian adalah inspirasi buat ku dalam aku mengahrungi hidup ini 😘😘




Sunday, May 28, 2017

Iftar Pertama 1438h

Keluarga kecil kami di kota

Tak kaya tak berada tapi smoga sentiasa ada dalam tiada

Hari pertama je biasanya lauk dari hujung meja ke hujung sana lepas ni satu lauk duduk je la bucu meja

Selamat berpuasa dah smoga di berikan lagi usia sehingga hari raya

Sayang semuanya karna Allah itu maha menyintai hamba

Sampai jumpa 😍



Saturday, May 27, 2017

Menyambut Ramadhan 1438H

Dinner with Zulfakarians vs Malekians
Love em much
2 family pun mcm dah tak berapa nak cukup frame...
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat


Wednesday, May 24, 2017

RAUB 2.0.1.7





Aku dan apa apa sahaja sumber air ..bertakung dan mengalir

Hampir dibatalkan percutian kali ini...ciwan sepertinya harus menghadiri seminar...

Aku dah apply cuti n dah approve pon...so aku cuba jugak cari jalan utk aku pergi...zaman zaman skrg ni nak himpun beramai tak mudah mcm zaman bujang...so berdua bertiga pon boleh lah...

Bismillah

Pagi Jumaat aku meneruskan perjalanan ke Raub..yes alone..berseorang...tiada berteman..ada pembaharuan.  penuaan...of cos parents aku tak tahu

Tiba di Raub jam 145ptg...Kak fizah guide ke rumah dia kemudian perjalanan kami ke Ulu Dong bermula

Sampai je Chalet takde orang walau seorang...dalam kepala dah macam macam...percaturannya Chop akan kemari pada keesokan harinya...terkebil kami menunggu owner tiba yg akhirnya kunjung tiba..

Aliran sungai berada betul betul belakang bilik kami...nyaman tak dapat dan di ceritakan..bukak je sliding door nampak aliran air sungai...syorga dunia yg dinantikan sekian lama lebih lagi bersama sahabat tercinta...

Chop pun tak sabar nak datang jugak hari Jumaat tu...dapat tgk foto pertama sungai belakang bilik mmg takde sapa sanggup lengahkan
 

Petang Jumaat tu aku dengan kak fizah p gedebush dulu seround dalam sungai...nikmat dia tak payah nak cerita..sejuk gila..hilang segala pancaroba dunia yesss walau seketika...bila dapat panggilan dari ciwan dia dah dekat nak sampai kami pun bersiap la nak g amik dia kat simpang luar sana sambil2 cari dinner...nak mudahkan pergerakan kereta ciwan letak rumah kakak kak fizah so kami ke Pulau Chekas satu kereta...dari simpang ulu dong ia mengambil masa kurang lebih 15minit kot nak sampai sana...suasana kampong dia mmg lawa gilaaa..nyamaan tak usah nak kata...

Pagi keesokannya di sediakan bas utk bawa pusing kampong...rare kan.....bas nak gerak kul 9am of coz kami lepas subuh p mandi sungai dulu sejuk beku tu...kul 645am dah gedebush dalam sungai...mak aiii...nikmattt hoiiiii....

Lepas balik dari pusing kampung dengan bas niatmya ciwan nak bawak p frezers Hill tp nasib tak menyebelahi kami...naik separuh jalan ada pokok tubang menghalang jalan...so kami pun berpatah balik semula...tak de rezeki nak buat mcm mana...

Otw balik ke chalet singgah dulu beli nasi ayam special Raub....Sebelum balik chalet kami bercadang nak bersiar tgk rumah Mona Fendi ...sekali tak jumpa tapaknya sbb kak fizah salah bagi direksi...hampehhh...sampai chalet kul 2pm mcm tu bush terbongkang tdo ..bercuti katanya..makan tdo mandi je la jawabnya....bangun kul 4 ptg makan nasi ayam then lepas asar bersiap turun mandi sungai lagiii...kali ni cari port yg lebih tinggi skit..masyaAllah makin sejuk air...oh yeah tua tua ni waktu berendam kami semakin terhad...45min-1 jam je...


 

Malamnya keluar cari satay...aku rasa nak makan satay..pusing2 jumpa satu kedai satay..sekali ada plak roti canai...apa lagi bedal la roti telur n satay malam tu...balik terbongkang kekenyangan...

Pagi ahad mmg kau dah sakit badan so tak larat nak terjun sungai dah...kami pun checkout awal skit..ptt kul 12 tp by 10 kami dah chekout...cari makan sebelum bertolak balik ke KL...

HEAVEN

Terima kasih buat ciwan & kak fizah di atas segala layanan mesra sepanjang berada disana...iAllah ada usia dan masa akan diulang kembali utk bersama...