Sunday, August 13, 2017

Hameediyah Damansara

Rating keseluruhan5/10

Penang punya lagi sodap orang kata

Murtabak kambin recommended compared to murtabak ayam

cheese nan tak se fluffy penang punya

Nasi Ayam goreng & sotong (sejengkal setengah) RM 33 , not bad la kan

So mmg tak akan ajak dah EJ mai sini..nasi kandaw lawood still da best lah..hewhewhew...tak cukup mamak lagi tekak ni 😆

Penang to Damansara

Tak cukup makan kat Penang kita sambung Damansara pulak...special treat sbb aku tak sempat makan hameediyah penang tp katanya kak ron tak sesedap hameediyah penang

so repeat penang lagi ke kita?

InsyaAllah kalau ada rezeki kelapangan masa dan kesihatan

Lepas makan p bakar lemak naik turun MRT..dari surian ke bukit bintang...berpanas berhujan...puas hati nampaknya dengan muka berminyak peluh sebaldi...sahabat ni je yg tak kisah bau kau dah macam belacan muka dah macam musang..chillex sampai ke penghujung perjalanan...

sampai jumpa entah bila

Ok ada hawa di situ..bakal pengantin..doakan berjalan seperti yg direncanakan..dipermudahkan...

0147 tak bleh tdo layan mengopi dgn beddi n chiema...esok ahad bantai tdo sampai dah taknak tdo

Tuesday, August 8, 2017

P.E.N.A.N.G 050817

My Frienzy 

Crazy friends..

Yes they are crazy but they are my friends

So what?
Endless- Love-Hate Relationship

Nothing much to write because they are my everything..cia cia cia..apa ingat kau je reti guna cia aku pun reti lah

Kalau mereka hilang, sapa jumpa mereka tolong pulangkan k..sbb mereka mmg tak seperti yang lain..mereka limited edition..kau bleh geram naik hangin dengan mereka...tapi mereka ada jiwa yang kau tak bleh nak cari di mana mana ..ni bukan ayat cia..ni ayat elina ..peace jyeah...

Kak ron ada dalam trip ni tp invisible...bayangkan sudah dia ada dicelah celah 


 

Friday, August 4, 2017

Hitungan cinta dan benci

aku tak pernah kata aku tak ada buat yang pernah ada dalam hidup aku

aku tak pernah ingin mahu memutuskan apa yang pernah tersambung satu masa dahulu

aku tak pernah mahu membenci apa yang pernah aku sayangi dalam hidupku

aku tak pernah mahu berpisah dengan apa yang pernah disatukan dulu

aku jugak tak boleh menidakkan rasa yang dihadirkan kerna aku juga dikurniakan hati untuk merasa kepelbagaian rasa di jiwa

hanya tuhan yang mengizinkan setiap rasa dijiwa untuk kembali merasainya semula

jangan pernah menidakkannya 😘

Wednesday, August 2, 2017

Nikmat Sahabat

Allah kurniakan rezeki sahabat itu juga nikmat

Dari kecik Allah kurniakan aku sahabat yang sangat hebat...cakna mereka melebihi segalanya..sahabat bermain dan belajar..

Dari sekolah rendah sahabatku tak kira jantina sangat mengambil berat tentang aku..saat bermain pon masih tak tinggalkan aku..aku kan jantung berlubang hewhewhew....

Sekolah menengah jugak aku dikurniakan sahabat hebat yang benar benar mengambil berat..bila nak ada spotcheck, almari dan cadar mereka yang uruskan..kadang pakaian sekolah ku mereka yang gosok kan..wallahi tak pernah walau sekali aku suruh untuk dilakukan semua ini...tp mereka memiliki kehebatan nurani yang saling mencintai kerana Illahi..semoga syurga selayaknya buat setiap susuk ini..

Sehinggalah ke pusat pengajian tinggi...masih direzekikan sahabat yang berjiwa tinggi yg terlalui mengasihi dan mencintai...kesana kesini kian hari seperti keluarga sendiri..mengambil berat tentang diri ini ibarat punya pertalian darah daging satu uri...

Tersenyum di pagi hari saat terlintas dibenak fikiranku pagi ini..semoga tuhan memberkahi setiap hati yg pernah mengasihi diri yang hina ini

Kini semuanya memiliki hati hati yang perlu dikasihi...tinggal aku sendiri di satu sudut di alam ini...semoga aku diberi kekuatan utk terus menebarkan kasih sayang seperti yang pernah kalian beri

dua lapan satu tujuh 

dada lapang jangan mencemuh