Tuesday, September 19, 2017

Holiday @ Lato Lato Resort

Antara perairan tercantik yang pernah dijejaki...dulu aku sangkakan andaman sea adalah yang paling cantik rupanya silap tak payah guna passport pon untuk melihat lautan yang jernih hingga menampakkan hidupan di dasar lautan..maha suci tuhan yang menciptakan setiap keindahan tanpa tafsiran

Lato lato resort adalah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam...layanan yang superb dari staff sama ada tukang masak mahupun pembawa boat smuanya sangat memudahkan setiap pergerakan..resort yang dikelilingi air dan pasukan keselamatan 360°...tinggal kau terjun sahaja dari mana mana sudut ini antara percutian yang aku impikan dikelilingi air yang selamat utk aku terjun dari setiap arah...dikelilingi pool semula jadi ciptaan Illahi..paras air yang sesuai utk melakukan terjunan tidak terlalu dalam dan tidak jugak terlalu cetek hingga kau perlu berjalan guna kepala lutut dalam air


Mahukan keselesaan hotel lima bintang mungkin ini bukan tempatnya...tapi jika kau mahu menjiwai setiap nilai estatika alam semesta ditengah lautan nan biru aku berani beri jaminan disini adalah antara yang terbaik...kependudukan yang tidak padat...resort yang hanya memuatkan 30++ pengunjung pada satu masa..keselamatan insyaAllah terjamin..makan minum terjaga 3-4 kali sehari...dapat mencuba hasil tangkapan laut yg tak pernah aku cuba selama hampir separuh abad dipinjamkan nyawa..oh yes buat yang cerewet utk makan disini bukan tempatnya jugak..bawak la maggi ke lauk pauk dari bandar ye..antara ikan yang agak rare yang aku cuba adalah ikan todak/baraccuda masak merah...bagi aku ikan tetaplah rasa manisnya ikan..nak nak fresh dari lautan...aku hanya seram kalau kepala ikan dah macam biawak or ular contoh ikan keli..itu belum tentu aku bleh makan..yang lain insyaAllah takde masalah lah bagi aku

Antara pengalaman yang tak dapat dibeli disepanjang kehidupan ini...semoga berpeluang untuk diketemukan lagi dengan keindahan sebegini..

Merasa dikelilingi lautan
Merasa hujan ditengah lautan
Merasa makan hasil tangkapan fresh tak kena ais
Merasa memegang starfish sebesar telapak kaki aku
Merasa menunggu matahari terbit dari ufuk timur
Merasa utk melihat kehidupan bajau laut
Merasa berpanas tanpa AC tapi dibantu dengan deruan angin asli tanpa henti
Merasa luatan tanpa ombak
Merasa melihat pelangi di tengah lautan
Merasa makan ikan todak
Merasa tiada gangguan , hanya aku dan laut biru
Tak dapat aku kongsi dengan kata apa yang aku rasa satu nikmat yang luar biasa semoga masih diberikan masa untuk terus merasa...

Kos keseluruhan :

Flight to Tawau : RM 560

Penginapan 3d2n : RM 500/pax
-Airport transfer
-Boat transfer
-Makan 3x sehari
-Free flow hot drinks
-Unlimited Snorkeling
-1 Day island hoping

Tawau airport - Semporna Jetty = 1 hour +
Semporna Jetty to Lato Lato resort = 45 minutes

Tips :
-Sediakan Aqua Shoes sebab tempat ni banyak sea urchin / landak laut
-Sediakan sun block bagi mengelak kehangusan kulit muka
-Sediakan powerbank sebab bekalan elektrik hanya dari jam 6pm-6am
-Kalau rasa nak makan lauk extra untuk makan malam boleh mintka staff belikam contoh sotong/crab..hanya RM 25 per kilo...nanti mereka boleh belikan dan masakkan...


Jetty Semporna
Starfish bersepah depan resort
Penyu dini hari sambil tunggu sunrise
Pelangi selepas hujan
Fresh Crab
Sambutan Hari Malaysia & Birthday Kak Sally
Lato Lato Resort
Mataking Kecil
Timba Timba
Sunrise @ Lato Lato
Donut wajib coba...gebu2 manja..hidangan minum petang
Hujan Lebat
Crystal Clear water
Budha Nyenggeng aksi wajib
Habiskan masa tanpa smart phone..terasa bahagia walau seketika
Antara hidangan simple & Sempoi

No comments: